Monday, August 8, 2011

.: larangan berpuasa buat umat Islam di barat laut China :.

Bismillahirrahmanirrahim......

Sekadar sharing ape yang saye jumpe dr Fb kawan saya.
kasihan kn mereka?
Semoga Allah sentiasa melindungi saudara kita d sana....


Aku Stress Giler: WTF : Kerajaan China Larang Masyarakat Islam Uighu...: "p/s : pilihan untuk tidak boleh berpuasa itu bukan di tangan sesiapa pun. Mana boleh kerajaan China menghalang orang untuk mengamalkan agama..."

Jurucakap Kongres Sedunia Uighur yang beribu pejabat di Munich, Dilxat Raxit berkata, syarikat-syarikat swasta di sini turut menyediakan makanan tengah hari buat pekerja beragama Islam dan mereka boleh kehilangan kerja atau bonus tahunan sekiranya enggan makan.

"Tokoh agama juga boleh kehilangan lesen menyampaikan ceramah sekiranya mereka mengadakan aktiviti keagamaan atau menyeru penganut Islam berhimpun bagi menjalankan kegiatan agama," katanya kepada agensi penerbitan dalam talian, Eurasia Review.

Jelasnya, pegawai turut menyasarkan golongan pelajar beragama Islam dengan menyediakan bekalan makanan semasa waktu rehat sepanjang bulan Ramadan.

Seorang penduduk Uighur yang enggan dikenali berkata, restoran-restoran di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam juga diarah menjalankan perniagaan walaupun ketika hari siang.

"Orang ramai juga sukar memasuki masjid untuk bersembahyang. Mereka perlu menunjukkan kad pengenalan diri dan mendaftar jika ingin masuk ke masjid," katanya.





========================================================================


ps: Alhamdulillah masih lagi d beri kesempatan untuk berpuasa tanpa halangan seperti mereka.. syukur ya Allah~