Sunday, August 14, 2016

Trip ke Cameron Highlands (Heritage Hotel)

Bismillahirrahmanirrahim....

hai semua ^.^ Lama dah perap blog comel sy ni. hik2. Maaf ye kadang terlintas difikiran nak buat new post, but macam biasa suka postpone ;p Oke tanak cakap banyak kite fokus pada topik ye which is our holiday in Cameron Highland.

Honestly, saya pernah tinggal di sana saat bapak saya ditugaskan untuk manage branch HSBC Bank di Tanah Rata, Cameron Highland. Office bapak saya betul2 di pekan Tanah Rata depan jalan. Masa tu saya sekolah rendah. Tak ingat darjah berapa. Kenangan indah saya disana saat kami tinggal di Fung Shui Villa, dan dapat naik jeep hari2. Seronok sangat. Kalau anda penggemar suasana damai, segar, penuh dengan kehijauan, pasti anda suka Cameron Highland ^_~ 

Setelah berkahwin (asal rasa ayat saya cam skema dalam buku teks ea ;p) mase birthday encik suami (few years back) saya bawak encik suami ke Heritage Hotel Cameron Highland for 2 nights. Personally saya suka hotel ni sebab even dah lama, view hotel cantik, breakfast best, facilities best dan dekat dengan town. Sesuai untuk family juga sebab ada facilities macam library dan bilik permainan kanak-kanak.  




in front of the lobby
























our package includes steamboat dinner for 2





Sepanjang trip kami di sana, kami sempat melawat:

~ BOH Tea plantation factory and tea shop (BRINCHANG)
~ Strawberry farm ( near tea estate)
~ Vegetables and fruit market

Other attractions in Cameron Highlands:

~ BHARAT tea estate (RINGLET TO TANAH RATA ROAD)
~ Cactus valley
~ Big Red strawberry farm
~ Butterfly farm
~ Bee farm
~ Kea farm
~ Camellia garden
~Lavender garden
~ Lata Iskandar 
~ Gunung Brinchang lookout tower
~ AGRO Technology park in MARDI





this is my bapak's office dulu2. Rindu ^.^



Ni rumah kami masa tinggal di Cameron Highlands










ladang teh









 cantik kan :)



 strawberry farm




 solute the guy yang kerja di ladang strawberry ni. Sangat pandai suruh kami posing and captured banyak sangat pics yang cantik2


Saya suggest pada anda yang nak pi strawberry farm, sila pi yang berdekatan dengan ladang teh tu ye. Maaf sebab tak ingat nama strawberry farm tu apa. Yang saya ingat bila kami keluar dari entrance ladang teh tu, ternampak signboard strawberry farm ni. Tapi memang banyak pun strawberry farm yang lain kalau anda nak pi yang lain pun takde masalah ye ^_~

oh ye, lagi 1, if anda plan bercuti on weekends and cuti sekolah, sila keluar awal pagi ye. Especially kalau anda nak ke ladang teh (BOH) ni. Sebab jalan ke ladang ni laluan untuk 1 kereta sahaja dan memang selalu sangat jam! Jadi sila plan perjalanan anda ye.


Bab makanan pula rasanya tak ada masalah sebab banyak kedai makan, restoran, cafe, gerai2 untuk anda pilih. Tapi one of my choice untuk lunch, kami pi makan di gerai makan ala2 macam food court di Tanah Rata. Betul2 depan jalan utama yang bertentangan dengan shoplot (Starbuck pun ada dan HSBC Bank) Sedap dan harga yang berpatutan. Nama gerai tu ROZA INDAH FOOD.





Pink kaler ya.. hihi



Harap info saya dapat membantu anda even tak banyak kan. Selamat bercuti dan jumpa lagi di entri lain ya. Terima kasih kerana sudi singgah di blog kecil saya ni ^_~


have a nice day.


Assalamualaikum wbt.