Sunday, August 14, 2016

Trip ke Cameron Highlands (Heritage Hotel)

Bismillahirrahmanirrahim....

hai semua ^.^ Lama dah perap blog comel sy ni. hik2. Maaf ye kadang terlintas difikiran nak buat new post, but macam biasa suka postpone ;p Oke tanak cakap banyak kite fokus pada topik ye which is our holiday in Cameron Highland.

Honestly, saya pernah tinggal di sana saat bapak saya ditugaskan untuk manage branch HSBC Bank di Tanah Rata, Cameron Highland. Office bapak saya betul2 di pekan Tanah Rata depan jalan. Masa tu saya sekolah rendah. Tak ingat darjah berapa. Kenangan indah saya disana saat kami tinggal di Fung Shui Villa, dan dapat naik jeep hari2. Seronok sangat. Kalau anda penggemar suasana damai, segar, penuh dengan kehijauan, pasti anda suka Cameron Highland ^_~ 

Setelah berkahwin (asal rasa ayat saya cam skema dalam buku teks ea ;p) mase birthday encik suami (few years back) saya bawak encik suami ke Heritage Hotel Cameron Highland for 2 nights. Personally saya suka hotel ni sebab even dah lama, view hotel cantik, breakfast best, facilities best dan dekat dengan town. Sesuai untuk family juga sebab ada facilities macam library dan bilik permainan kanak-kanak.  




in front of the lobby
























our package includes steamboat dinner for 2





Sepanjang trip kami di sana, kami sempat melawat:

~ BOH Tea plantation factory and tea shop (BRINCHANG)
~ Strawberry farm ( near tea estate)
~ Vegetables and fruit market

Other attractions in Cameron Highlands:

~ BHARAT tea estate (RINGLET TO TANAH RATA ROAD)
~ Cactus valley
~ Big Red strawberry farm
~ Butterfly farm
~ Bee farm
~ Kea farm
~ Camellia garden
~Lavender garden
~ Lata Iskandar 
~ Gunung Brinchang lookout tower
~ AGRO Technology park in MARDI





this is my bapak's office dulu2. Rindu ^.^



Ni rumah kami masa tinggal di Cameron Highlands










ladang teh









 cantik kan :)



 strawberry farm




 solute the guy yang kerja di ladang strawberry ni. Sangat pandai suruh kami posing and captured banyak sangat pics yang cantik2


Saya suggest pada anda yang nak pi strawberry farm, sila pi yang berdekatan dengan ladang teh tu ye. Maaf sebab tak ingat nama strawberry farm tu apa. Yang saya ingat bila kami keluar dari entrance ladang teh tu, ternampak signboard strawberry farm ni. Tapi memang banyak pun strawberry farm yang lain kalau anda nak pi yang lain pun takde masalah ye ^_~

oh ye, lagi 1, if anda plan bercuti on weekends and cuti sekolah, sila keluar awal pagi ye. Especially kalau anda nak ke ladang teh (BOH) ni. Sebab jalan ke ladang ni laluan untuk 1 kereta sahaja dan memang selalu sangat jam! Jadi sila plan perjalanan anda ye.


Bab makanan pula rasanya tak ada masalah sebab banyak kedai makan, restoran, cafe, gerai2 untuk anda pilih. Tapi one of my choice untuk lunch, kami pi makan di gerai makan ala2 macam food court di Tanah Rata. Betul2 depan jalan utama yang bertentangan dengan shoplot (Starbuck pun ada dan HSBC Bank) Sedap dan harga yang berpatutan. Nama gerai tu ROZA INDAH FOOD.





Pink kaler ya.. hihi



Harap info saya dapat membantu anda even tak banyak kan. Selamat bercuti dan jumpa lagi di entri lain ya. Terima kasih kerana sudi singgah di blog kecil saya ni ^_~


have a nice day.


Assalamualaikum wbt.











Tuesday, February 16, 2016

Denggi. Simptom dan cerita saya ^-^

Bismillahirrahmanirrahim.........

Hari ni nak cerita tentang demam denggi. Sementara memori ni masih segar di ingatan kan. 
Tak pernah terjangka yang saya akan digigit nyamuk Aedes n akhirnya diserang demam denggi.. 😢
Tapi semuanya dengan kuasa Allah kan. Pasti ada hikmah Allah pilih saya dan uji saya. Saat ambil darah masa day 3 demam, saya betul betul cakap dengan hati sendiri yang saya serahkan segalanya pada Allah. Positif atau negatif result denggi tu saya terima kerana semuanya ketentuan Allah, dan hanya Allah yang dapat bantu saya. So nak cerita dari A to Z macam mana saya start demam denggi ni ye.


Monday 8 Feb 2016
- tiba tiba je badan demam tengahari dalam pukul 2 macam tu. Takde sebarang early symptoms pon macam sakit tekak ke selsema ke. Tibe tibe DEMAM. Saya cek suhu naik jadi 37c lebih. Tak lama beberapa jam lepas tu naik lagi jadi 38c lebih n finally malam naik ke 39c lebih. So memang rasa pelik sangat sangat demam kali ni. Symptom lain selain demam ialah SAKIT KEPALA YANG TERAMAT SANGAT. Macam nak pecah kepala rasanya. 

Tuesday 9 Feb 2016
- hari ke 2 demam still sama. Selalunya siang tak berapa tinggi tapi malam suhu confirm naik sampai 39c lebih. Boleh dikatakan demam denggi ni macam demam malam. Selain demam dan sakit kepala yang teramat sangat, symptom lain ialah HILANG SELERA MAKAN. Memang totally tak rasa nak makan langsung. Tapi saya paksa diri makan biskut Jacobs weetameal sekeping selang beberapa jam untuk alas perut takut badan lemah.


Wednesday 10 Feb 2016
- Hari ke 3 demam masih sama even da makan panadol. Demam on off. Sakit kepala yang amat sangat tu tak hilang hilang. Rasa macam otak dalam kepala di tebuk tebuk dan di hempap dengan batu yang berat berkilo kilo. Seriously saya tak tipu tang sakit kepala tu. Hanya Allah yang Mengetahui betapa sakit nya tuh disini..... Eh ngarut plak 😋 So disebabkan demam still x ok, encik asben pun bawa saya ke klinik berdekatan rumah. Doctor ambil sample darah saya dan bagitahu result akan keluar dalam masa 10 ke 15 minit. Sepanjang masa menunggu tu encik asben cakap Inshaa Allah takde ape ape tu. Takmo fikir sangat ea. Saya anggukkan kepala. Dan diam. Even dalam hati macam ada satu perasaan yang nak saya fikirkan kemungkinan yang satu lagi (which is positive dengue) tapi saya tak layankan sangat perasaan tu. Hanya berserah. Walau apa jua result, saya tahu, ALLAH ADA DENGAN SAYA. Ayat macam confident sangat bukan? Sebab hanya dengan rasa ada Allah baru hati saya kuat. Tiba tiba nurse keluar dan bagi hint sebelum doc bagitahu result, katanya result denggi POSITIF. YA ALLAH. Kuatkanlah hatiku. Aku tahu segala yang buruk mahupun yang baik semuanya atas kehendak MU. Dan aku berserah hanya pada MU. Saya tengok muka encik asben macam terkejut. Diam jap. Macam tak sangka saya betul betul kena denggi. Dahla hari jumaat sampai ahad encik asben ada simulator di Singapore. Lagilah dia risau semacam. Saya rileks je. Bukan sebab saya tak takut atau tak kisah tapi sebab saya tahu Allah ada dengan saya. Allah akan jaga saya. Inshaa Allah...
So kami masuk semula dalam bilik doc. Doc pun macam slow slow je explain pada saya mungkin dia takmo saya risau. Doc cakap positive denggi. Doc tunjukkan kit macam ala ala upt kit jugak tapi ada 2 kit. Macam berkembar la kit tu. Satu kit nak sahkan positive or negative denggi. Lagi 1 kit tu nak cek either dah beri effect pada organ dalaman atau belum. Alhamdulillah organ saya masih belum dijangkiti. Doctor terus buat surat referral untuk admit. Jam 10 malam macam tu sampailah saya di Ara Damansara Medical Centre (Ramsay Sime Darby Healthcare). Saya suka service kat hospital ni sebab sangat cepat. Kejap je dah di hantar masuk ke wad. Compared to mase saya masuk ke Tropicana Medical Centre dulu ya Allah punyelah lama nak tunggu katil wad. Siap baring lagi dekat lobby hospital sebab dah tak larat tunggu lama sangat. Mungkin masa tu patients ramai kot kat Tropicana tu. 

Thursday 11 Feb sampai Sunday 14 Feb 2016
- Bermula lah hari saya sebagai patient. Macam biasa kena masuk air. Kali ni takde antibiotic apa apa sebab denggi takde ubat. Just depends on panadol dan air yang sangat banyak. Sebab tu dorang masuk kan air dalam badan untuk ganti cecair yang hilang dalam badan sebab denggi. Hari hari kena ambil darah 2x sehari dan cek suhu. Saat ambil darah tu yang ade masalah sikit sebab platelet turun. Mula mula dari 126, turun 101, 81, 65, 52, last sekali 49 dan 48. Platelet normal ialah 150 ke atas. So bila platelet rendah, darah susah nak beku. Jadi kalau ada pendarahan akan susah nak baik dan paling takut if berlaku pendarahan dalaman yang menyebabkan kematian. Thats why la sepanjang platelet saya rendah ni saya rasa setiap kali nurse amik darah memang sakit sangat. Even bila doctor pegang pergelangan tangan untuk cek nadi pon saya ras sakit, paling ngengade bila encik asben nak pegang kepala konon nak belai kepala saya pun saya tak kasi sebab rasa sakit kepala saya bila diusik. Ngengadekan? 😅 tapi percayalah semua tu sebab platelet rendah so mudah rasa sakit. Even lebam di tangan kanan saya masih tak hilang hilang sebab hasil ambil darah sepanjang di hospital. Jadi buat anda yang rasa sakit sakit badan masa demam denggi tu normal ya. Elakkan dari buat kerja berat dan jangan menyebabkan luka pada diri anda sebab susah sangat nak baik n risau pendarahan tak berhenti. 


Alhamdulillah result terakhir platelet saya naik dari 48 ke 52. Jadi doctor benarkan saya pulang. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana sentiasa ada disisi saya, beri saya kekuatan untuk menghadapi ujian dari MU ya Allah. Paling terharu sangat family saya jaga saya sepanjang ketiadaan encik asben. Sian maksu saya penat jaga saya malam malam masa terjaga nak pi toilet. Sian kaklong n makteh saya penat masak kan sup ketam sampai gatal gatal saya makan. Hihi. Sian juga pada mama n bapak yang penat pi carik jus pucuk betik nak suh saya minum untuk tambahkan platelet saya. Tapi honestly jus pucuk betik tu memang sangat mencabar untuk dihabiskan. Jus yang paling saya seriau nak minum. 1 botol tu saya minum sekali teguk je. Sebab tak sanggup nak minum banyak banyak kali. Terlalu pahit 😂 ada 6 botol nak dihabiskan. Alhamdulillah berjaya jugak habiskan. Hihi. Alhamdulillah saya bersyukur sangat sangat sebab Allah pinjamkan saya keluarga yang sentiasa jadi kekuatan untuk saya. Walau Allah ambil semula arwah mak dari hidup saya, tapi Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Allah gantikan dengan keluarga yang sentiasa ada disisi saya. Saat suka mahupun duka. Sihat mahupun sakit. Terima kasih sangat sangat Ya Allah. Hanya pada MU aku berserah. Segalanya milik MU. Alhamdulillah.



                       
    


         
    




                             

     

Setakat ni dulu perkongsian saya.
Assalamualaikum wbt.