Tuesday, February 16, 2016

Denggi. Simptom dan cerita saya ^-^

Bismillahirrahmanirrahim.........

Hari ni nak cerita tentang demam denggi. Sementara memori ni masih segar di ingatan kan. 
Tak pernah terjangka yang saya akan digigit nyamuk Aedes n akhirnya diserang demam denggi.. 😒
Tapi semuanya dengan kuasa Allah kan. Pasti ada hikmah Allah pilih saya dan uji saya. Saat ambil darah masa day 3 demam, saya betul betul cakap dengan hati sendiri yang saya serahkan segalanya pada Allah. Positif atau negatif result denggi tu saya terima kerana semuanya ketentuan Allah, dan hanya Allah yang dapat bantu saya. So nak cerita dari A to Z macam mana saya start demam denggi ni ye.


Monday 8 Feb 2016
- tiba tiba je badan demam tengahari dalam pukul 2 macam tu. Takde sebarang early symptoms pon macam sakit tekak ke selsema ke. Tibe tibe DEMAM. Saya cek suhu naik jadi 37c lebih. Tak lama beberapa jam lepas tu naik lagi jadi 38c lebih n finally malam naik ke 39c lebih. So memang rasa pelik sangat sangat demam kali ni. Symptom lain selain demam ialah SAKIT KEPALA YANG TERAMAT SANGAT. Macam nak pecah kepala rasanya. 

Tuesday 9 Feb 2016
- hari ke 2 demam still sama. Selalunya siang tak berapa tinggi tapi malam suhu confirm naik sampai 39c lebih. Boleh dikatakan demam denggi ni macam demam malam. Selain demam dan sakit kepala yang teramat sangat, symptom lain ialah HILANG SELERA MAKAN. Memang totally tak rasa nak makan langsung. Tapi saya paksa diri makan biskut Jacobs weetameal sekeping selang beberapa jam untuk alas perut takut badan lemah.


Wednesday 10 Feb 2016
- Hari ke 3 demam masih sama even da makan panadol. Demam on off. Sakit kepala yang amat sangat tu tak hilang hilang. Rasa macam otak dalam kepala di tebuk tebuk dan di hempap dengan batu yang berat berkilo kilo. Seriously saya tak tipu tang sakit kepala tu. Hanya Allah yang Mengetahui betapa sakit nya tuh disini..... Eh ngarut plak πŸ˜‹ So disebabkan demam still x ok, encik asben pun bawa saya ke klinik berdekatan rumah. Doctor ambil sample darah saya dan bagitahu result akan keluar dalam masa 10 ke 15 minit. Sepanjang masa menunggu tu encik asben cakap Inshaa Allah takde ape ape tu. Takmo fikir sangat ea. Saya anggukkan kepala. Dan diam. Even dalam hati macam ada satu perasaan yang nak saya fikirkan kemungkinan yang satu lagi (which is positive dengue) tapi saya tak layankan sangat perasaan tu. Hanya berserah. Walau apa jua result, saya tahu, ALLAH ADA DENGAN SAYA. Ayat macam confident sangat bukan? Sebab hanya dengan rasa ada Allah baru hati saya kuat. Tiba tiba nurse keluar dan bagi hint sebelum doc bagitahu result, katanya result denggi POSITIF. YA ALLAH. Kuatkanlah hatiku. Aku tahu segala yang buruk mahupun yang baik semuanya atas kehendak MU. Dan aku berserah hanya pada MU. Saya tengok muka encik asben macam terkejut. Diam jap. Macam tak sangka saya betul betul kena denggi. Dahla hari jumaat sampai ahad encik asben ada simulator di Singapore. Lagilah dia risau semacam. Saya rileks je. Bukan sebab saya tak takut atau tak kisah tapi sebab saya tahu Allah ada dengan saya. Allah akan jaga saya. Inshaa Allah...
So kami masuk semula dalam bilik doc. Doc pun macam slow slow je explain pada saya mungkin dia takmo saya risau. Doc cakap positive denggi. Doc tunjukkan kit macam ala ala upt kit jugak tapi ada 2 kit. Macam berkembar la kit tu. Satu kit nak sahkan positive or negative denggi. Lagi 1 kit tu nak cek either dah beri effect pada organ dalaman atau belum. Alhamdulillah organ saya masih belum dijangkiti. Doctor terus buat surat referral untuk admit. Jam 10 malam macam tu sampailah saya di Ara Damansara Medical Centre (Ramsay Sime Darby Healthcare). Saya suka service kat hospital ni sebab sangat cepat. Kejap je dah di hantar masuk ke wad. Compared to mase saya masuk ke Tropicana Medical Centre dulu ya Allah punyelah lama nak tunggu katil wad. Siap baring lagi dekat lobby hospital sebab dah tak larat tunggu lama sangat. Mungkin masa tu patients ramai kot kat Tropicana tu. 

Thursday 11 Feb sampai Sunday 14 Feb 2016
- Bermula lah hari saya sebagai patient. Macam biasa kena masuk air. Kali ni takde antibiotic apa apa sebab denggi takde ubat. Just depends on panadol dan air yang sangat banyak. Sebab tu dorang masuk kan air dalam badan untuk ganti cecair yang hilang dalam badan sebab denggi. Hari hari kena ambil darah 2x sehari dan cek suhu. Saat ambil darah tu yang ade masalah sikit sebab platelet turun. Mula mula dari 126, turun 101, 81, 65, 52, last sekali 49 dan 48. Platelet normal ialah 150 ke atas. So bila platelet rendah, darah susah nak beku. Jadi kalau ada pendarahan akan susah nak baik dan paling takut if berlaku pendarahan dalaman yang menyebabkan kematian. Thats why la sepanjang platelet saya rendah ni saya rasa setiap kali nurse amik darah memang sakit sangat. Even bila doctor pegang pergelangan tangan untuk cek nadi pon saya ras sakit, paling ngengade bila encik asben nak pegang kepala konon nak belai kepala saya pun saya tak kasi sebab rasa sakit kepala saya bila diusik. Ngengadekan? πŸ˜… tapi percayalah semua tu sebab platelet rendah so mudah rasa sakit. Even lebam di tangan kanan saya masih tak hilang hilang sebab hasil ambil darah sepanjang di hospital. Jadi buat anda yang rasa sakit sakit badan masa demam denggi tu normal ya. Elakkan dari buat kerja berat dan jangan menyebabkan luka pada diri anda sebab susah sangat nak baik n risau pendarahan tak berhenti. 


Alhamdulillah result terakhir platelet saya naik dari 48 ke 52. Jadi doctor benarkan saya pulang. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana sentiasa ada disisi saya, beri saya kekuatan untuk menghadapi ujian dari MU ya Allah. Paling terharu sangat family saya jaga saya sepanjang ketiadaan encik asben. Sian maksu saya penat jaga saya malam malam masa terjaga nak pi toilet. Sian kaklong n makteh saya penat masak kan sup ketam sampai gatal gatal saya makan. Hihi. Sian juga pada mama n bapak yang penat pi carik jus pucuk betik nak suh saya minum untuk tambahkan platelet saya. Tapi honestly jus pucuk betik tu memang sangat mencabar untuk dihabiskan. Jus yang paling saya seriau nak minum. 1 botol tu saya minum sekali teguk je. Sebab tak sanggup nak minum banyak banyak kali. Terlalu pahit πŸ˜‚ ada 6 botol nak dihabiskan. Alhamdulillah berjaya jugak habiskan. Hihi. Alhamdulillah saya bersyukur sangat sangat sebab Allah pinjamkan saya keluarga yang sentiasa jadi kekuatan untuk saya. Walau Allah ambil semula arwah mak dari hidup saya, tapi Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Allah gantikan dengan keluarga yang sentiasa ada disisi saya. Saat suka mahupun duka. Sihat mahupun sakit. Terima kasih sangat sangat Ya Allah. Hanya pada MU aku berserah. Segalanya milik MU. Alhamdulillah.



                       
    


         
    




                             

     

Setakat ni dulu perkongsian saya.
Assalamualaikum wbt.

Tuesday, October 6, 2015

AF holiday: Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Bismillahirrahmanirrahim....

Hari tu me and encik suami tersayang berkesempatan untuk bercuti di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. It is a very sweet and romantic place to visit. Al kisahnya kota kecil ini di inspirasikan dari Colmar Village di Alsace, Perancis abad ke 16. Kalau anda suka selfie or view yang cantik ala ala macam kat oversea, i would recommend this placeπŸ‘πŸ˜Š

Kami stay di sana satu malam sahaja. Encik suami yang booked everything but from what i know our one night stay includes breakfast and entrance to Japanese village and Botanical Garden. So anda bolehla survey Agoda, Booking.com or Trivago. Compare the prices dulu oke. Mane tahu kan boleh dapat the lowest rate.

ATTRACTIONS

Ok now nak cerita tentang apa aktiviti yang kami buat on the first day. Mula mula check in, masuk bilik and rest for a while (solat dll) then we went out to Japanese village. Mula mula ingat nak pi on the second day, tapi fikir balik after check out nak terus balik Subang so we did all the activities today. The hotel provide shutlle service untuk jalan jalan to all the places kat Bukit Tinggi but kami prefer naik kereta sebab senang nak plan our own time. Rasanya shuttle service tu disediakan every hour. 

The Japanese village tu tak jauh pun dari hotel. Ada parking space disediakan. Cuma satu je anda semua kena bersedia untuk jalan jauh sikit untuk ke village tersebut. Me naik tangga tinggi betoi (rasa macam dok krabat tangga kat Batu Caves ja) hihihi. A bit penat and memerlukan stamina anda tapi tak la teruk sangat. Saje je cerita over. Hihihi. Kami ke Japanese Garden. Cantik view di sana. Anda akan nampak rumah ala ala Japanese style. Di situ jugak ada disediakan perkhidmatan untuk sewa kimono so and boleh la posing sakan dan selfie bersama orang tersayang. Tak salah saya they charged rm20 per kimono. Ada untuk lelaki juga tapi faham faham la kan encik suami saya pemalu orangnya. Hihihi. So me posing sorang sorang mula mula then posing bersama encik suami. My advice, if boleh, anda pilih la sendiri ye kimono yang anda berkenan sebab saya tak pilih pun so rasa macam tak cantik sangat kimono yang dorang bagi kat saya. Tapi saya suka one of the worker there. Adik manis pakai tudung. Terlupa nak tanya nama adik tu. Diala yang tolong snap all the pics and bagi idea untuk posing macam mana. Adik memang terbaik. Boleh jadi professional photographer tau. Thank you so much adik manis ^-^ jom saya belanja few pics.


 

 


  





Selain Japanese Garden, terdapat beberapa tempat menarik untuk dilawati di Japanese Village ni antaranya Japanese Tea House, Tatami Spa, Taman Botani, Ryo Zan Tei Restoran dan Ume Tatami Suite. 


OTHER ATTRACTIONS

Selain daripada Japanese village, ada pelbagai lagi tempat untuk dilawati antaranya:

-Animal Park

-Golf and County Club in Berjaya Hills. Ni untuk penggemar golf.

-Horse Riding

-The Rabbit Park

-Street performances juga available di Colmar Square dimana terdapat beberapa restoran Italy yang menyediakan hidangan pizza dan pasta yang sedapp bak hang. Tapi pricey sikit.

-Colmar Tropical Viewing Tower yang terdapat di Colmar Square.


  

         Ni view dari Colmar Tropical Viewing Tower


   




FOOD

Breakfast yang disediakan di Colmar Tropicale memang menarik. Tempat yang cantik dan selesa, pelbagai hidangan yang sedap disediakan.


 


  


      



    


So that is my review on Colmar Tropicale, Berjaya Hill. Overall it is an interesting place to visit. It will be a romantic stay for you and your loved ones.


Till then.

Assalamualaikum wbt.




Wednesday, August 19, 2015

Rindu sangat dekat mak :'(

Bismillahirrahmanirrahim....


Its been a while saya tak menulis di sini.
Saya pun lama simpan blog ni senyap2 sebab x ready nak share tentang diri pada orang lain.
Tapi tiba2 hari ni terbuka hati. Mungkin sebab saya harap apa jua post saya dapat beri manfaat pada orang lain. Inshaa Allah. Mudah mudahan kan ^.^

Sebenarnya saya baru baca old posts saya tentang mak.
Mengalir air mata saya.
Lagi.
Sebab setiap kali saya baca post tentang mak, ingatan tentang mak tiba2 muncul macam baru semalam segalanya terjadi.
Macam baru semalam mak meninggalkan kami.
Tetapi the truth is mak dah meninggalkan kami 4 tahun.
Hati ni rasa macam baru semalam segalanya terjadi.


Jujur saya katakan saya amat merindukan mak.
Sampai termimpi mimpi kan mak pagi tadi.
Ya Allah. Andai ada peluang ingin sangat sangat untuk bertemu dengan mak walau sekejap sahaja.
Tapi tu semua x mungkin terjadi kan? :'(


Mak....
Alhamdulillah kakngah sihat. Hari tu first time kakngah kene admit kt hosp.
Teringat kat mak kalo datang hospital.
Teringat masa bawak mak jalan2 keliling ward, mase sikatkan rambut mak, n mase borak2 ngan mak, tapi yang paling buat kakngah sedih masa mak kena masuk 1 bilik yang ada ramai2 doc, x tahu apa yang dorang buat kat mak mase tu tapi kakngah dengar mak jerit. Kuat. Macam sakit yang teramat sangat. Sebab kakngah tahu mak kuat. Jadi kalo mak jerit macam tu mesti mak tengah sakit sangat2 :'( kakngah rasa macam nak je lari masuk dalam bilik tu n marah semua doc2 tu sebab buat macam tu kat mak :'( bila mak kluar dari bilik tu mak lemah. Air mata je yang mengalir. Ya Allah mase tu jugak kakngah nangis. Tak tahan sangat tengok mak. Rasa macam nak mintak Allah pindahkan sakit mak pada kakngah so mak takkan nangis lagi :'( 


Mak....
Kakngah bersyukur sangat dengan kehidupan yang Allah berikan pada kakngah hari ini.
Bersyukur sangat sangat.
Allah hadiahkan kakngah seorang suami yang amat menyayangi kakngah, kekuatan kakngah saat kakngah lemah dan pembimbing kakngah saat kakngah terleka.
Allah hadiahkan juga kakngah keluarga yang sentiasa ada disisi, bapak pun da ada mama yang sentiasa menyayangi bapak dan kami semua macam anak sendiri. Terima kasih mama sebab temankan bapak dan bahagiakan bapak. Kakngah pun seronok sangat sebab dah ada anak buah. Cucu pertama mak. Nur Uswatun Hasanah nama cucu mak. Comel dan banyak cakap macam kaklong ^-^ hihi. Mak, kakngah pun ada keluarga mak yang sentiasa bagi kasih sayang pada kakngah dan adik beradik yang lain. Setiap kali balik Gemencheh, ingatan kakngah pada mak pasti kuat. Sebab tu kakngah suka balik sana sebab semua tu mengingatkan kakngah pada mak. 

Mak.....
Sekarang kakngah dah ada family kedua. Kakngah ada mak lagi 1. Mak mertua dan ayah mertua. Kakngah pun ada ipar dan biras yang sangat baik. Semua pun kakngah sayang. Mak takmo risau ye semua pun sayang kat kakngah macam keluarga sendiri.


Mak......
Kakngah bahagia sangat dan bersyukur sangat dengan anugerah Allah pada kakngah. Tapi kan, kakngah tak tahu nape kakngah rindukan mak. Even ada segalanya, tapi kan, rasa tak sempurna kalau tak dapat share semua ni dengan mak. Kakngah nak borak2 dengan mak, cerita semuanya, nak tanya pendapat mak, nak dengar nasihat mak, nak makan masakan mak, semua tu kakngah rindu sangat sangat. Rindu. Tak tahu nak luahkan macam mana lagi. Tapi memang rindu :,)


Mak.....
Kakngah harap sangat 1 hari nanti dapat bertemu dengan mak semula. Kakngah nak peluk mak kuat kuat. Kakngah tak tahu bila masa tu akan tiba. Tapi, kakngah harap sebelum Allah tarik nyawa kakngah, kakngah dapat jadi hamba Nya yang beriman dan sentiasa berbuat baik pada semua, dapat mintak maaf pada semua orang yang kakngah buat salah dan berdosa, dapat beramal dan contribute pada insan2 yang memerlukan. Kakngah harap sangat dapat mati dalam iman. Sebab kakngah nak sangat jumpa mak di syurga. Nanti masa tu kita dapat hidup kekal. Selamanya kan?

Mak.....
Moga kita jumpa nanti ye.
Kakngah sayang sangat sangat sangat sangat sangat sangat dekat mak.

Al Fatihah..........


    







Wednesday, May 27, 2015

Happy 29th birthday sayang ^_~

                   
          Alhamdulillah..... Ure officially 29th sayang ^^, Happy birthday my beloved husband. Saya sentiasa mendoakan agar sayang dalam lindungan dan rahmat Allah, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dan dimakbulkan segala doa sayang... Amiin Amiin ya Rabbal Alamin.... Hurmmmm sebenarnya a bit sad sebab x dapat celebrate bersama on the day itself sebab encik somi tbe2 dapat call kne fly. Padanla ngan muke saya sebab niat dihati kununye nak suprise kn encik somi the2 sy yg tersuprise ngan apa yang terjadi today kan sayang... (Apa yg jadi biarlah rahsia :p) So jadiknye esok baru nak mensuprise kan encik somi sy... A week before dah bagi hadiah pi holiday ke Langkawi pd en somi tapi xde la clbrate ngn kek ke ape... Hopefully encik somi happy dengan saya ye... I know im not perfect, im just a simple girl (girl sgtkan da tahap macik2 da pon ;p) saya banyak kekurangan dan kelemahan namun saya cuba yang terbaik untuk jadi isteri, sahabat dan peneman setia encik somi saya.... Sayang, saya x nak apa2 cume saya nak sayang sentiasa ada disisi saya, hidup bersama,susah senang bersama, sihat dan sakit bersama, dan paling utama saya harap sangat sayang dapat bimbing dan pimpin saya untuk jadi hamba Nya yang lebih baik... :') Amiin Amiin ya Rabbal Alamin.......

  




Friday, May 22, 2015

Percutian di Pulau Langkawi : List of to do things in Langkawi

Bismillahirrahmanirrahim.....

Recently saya dan encik suami bercuti ke Langkawi.
Saya planned everything for my encik suami 29th birthday.
Yeayyyy ^-^
Sebelum g bercuti ke mana2 better plan betul2.
So this is my list yang mungkin anda boleh refer ye.


1st thing 1st:

-TRANSPORTATION-
Kami naik flight dari Subang ke Langkawi  (Firefly) .. Beli awal tahun hari tu yang promotion rm29.. So saving dah dari segi transportation kan.. N save time jugak sebab flight take about 1hour 15minutes sahaja. So anda bolehla survey awal2 ye tiket flight promo AA ke FF ke MAS or Malindo air ye... But if nak drive pun ok je tapi make sure anda plan time untuk naik feri dari Kuala Perlis or Kuala Kedah. 


Tentang sewa kereta di Langkawi pulak memang banyak sangat. So xde masalah tentang transportation di sana. Range price pon as low as rm70 and above. Depends pada kereta apa yang anda sewa.

-ACCOMODATION/ HOTEL-
Saya search di Groupon or Agoda or Trivago. Then compare all options and price. At last saya beli dari Trivago sebab price yang lebih murah dan breakfast provided. Saya pilih untuk stay 2malam di Langkawi Seaview hotel ( highly recommended) dan 1malam di Dayang Bay service apartment ( so so jela.. Saya x recommend yang ni) 



LANGKAWI SEAVIEW HOTEL

Ni view bilik kami. Saya ambil deluxe premier room.


Simple but nice. View pon cantik
View dari balcony. Ignore the poyos look by us ;p

Breakfast di Langkawi seaview sangat sedap. Nasik goreng n bihun goreng macam masak kat rumah je rasanya. Sangat puas hati dengan makanan di sini. Banyak choice and variety.

Haaa ni nasik goreng n bihun yang sedap tu ^^

Even hotel x berapa besar tapi swimming pool n the view cantik

Tu kat blakang entiti tu ;p ialah gym. They provide air n towel. Ada aircond jugak ye.



DAYANG BAY SERVICE APARTMENT

Yang best dekat Dayang Bay ni hanyalah swimming pool. Sangat cantik view and besar. Ada separate pool untuk woman only. Dan kids pool with slide. Pool dia memang cantik.


View dari pool. 





Breakfast x best. Ramai sangat tourist di sini tapi food x banyak variety. Roti hanya ada 1 jenis yang white bread shaja. Kesian tengok mat salleh and pak arab dok amik roti yang sama sampai 10 keping. 

Hotel seaview yang saya duduk sebelum ni even kecil tapi makanan banyak variety. Dan sedap.




SHOPPING AREA

Saya rasa benda yang berbaloi untuk beli di Langkawi ialah COKLAT dan Barangan pinggan mangkuk berjenama Corelle or yang mahal2 tu... (Kakak saya pesan teacup set Luminarch) price murah dari KL. Rokok pun ada tapi saya x tahu price macam mana sebab x beli. And minyak gamat pun ada. Tapi x beli jugak.. Hihi....

Untuk coklat, kalau nak borong banyak2 better survey dulu di setiap kedai. Paling femes HIG la kan.,(haji ismail group) ada juga kedai2 di sekitar yang murah contoh nya Azio Mporium Langkawi tapi x semua brand. Kena list down price di kedai yang kita survey then baru beli banyak2 k... Tapi jangan risau semua kedai tu berdekatan. So x penat nak cari. Ada jugak kompleks HIG so anda boleh survey di situ. Kalau nak beli barang dapur cam perkakas2 or cadar or towel or set2 yang banyak choice boleh cari di Idaman Suri. Tapi kedai ni jauh sikit. Sila waze ye.. Hihi... 

THINGS TO DO IN LANGKAWI


ISLAND HOPPING

Wajib pergi sebab island hopping ni dorang akan bawa anda ke 3 destinasi: Pulau Beras Basah, tasik Dayang Bunting dan eagle feeding. Pakej serendah rm35/person. Mungkin ada lagi murah tapi anda kena rajin survey ye. Kami ambil pakej direct kat jeti. Dekat ngan area Pekan Rabu. Kalau amik melalui hotel mungkin harga up skit kan :)

                    Tasik dayang bunting



                      Tasik dayang bunting



                   Pulau beras basah



  Pulau beras basah. Boleh mandi. Cantik kan view? ^^





CABLE CAR


Oh ye yang ni wajib sebab view Langkawi cantik sangat bila naik cable car tu. So rugi kalo x naik. Price x ingat la plak.. Heeee. Tp kne tunjuk mykad ye utk dpt disc.


And ada macam2 lagi aktiviti yang boleh di lakukan seperti: 

- Underwater world
- Galeri Tun Dr Mahathir
- Cable Car
- Langkawi Wildlife Park 
- Beras Terbakar
- Makam Mahsuri
- Maingrove di Kilim Geoforest Park

FOOD

Kalau bab makan rasanya semua pun ok... Tapi yang saya suggest is jangan lupe pi pekena laksa kat tepi airport. Ada lori yang jual laksa. Pilihla yang sedap ye. Banyak stall bergerak kat situ tapi yang saya makan tu sedapp.. Tapi x ingat nama ;) rasanya lori laksa power kot... Heee

N sila singgah ke Uncle Jai Cafe di pekan Kuah. Memang terbaik dan sedap lauk2 dorang. 


             Nila menu pilihan kami di Uncle Jai Cafe




Ok so rasanya that is all about Langkawi yang dapat saya share buat anda. Roughly cost x banyak sangat on accomodation, makan n activities sebab banyak pilihan budget hotel and chalet. All the activities pon x costly. Mungkin cost lebih pada borong coklat or pinggan mangkuk kots ;p hihihi.. So thats all for now.


Till then. 
Assalamualaikum.